Komputer
adalah sebuah mesin elektronik yang amat berguna pada zaman dahulu dan sekarang.
Komputer dapat meringankan kerja seharian manusia, membantu menyelesaikan
tugas-tugas manusia dengan cepat dan tepat. Komputer adalah sebuah mesin yang
boleh diprogramkan untuk kepelbagaian guna. Komputer dapat menerima data mentah,
rajah dan akan memprosesnya kemudian memanipulasikan untuk dijadikan maklumat
yang berguna. Ia juga diprogram untuk menerima input, lalu memproses untuk
mengeluarkan output seperti yang dikehendaki dan ia juga berupaya menyimpan
maklumat tersebut untuk kegunaan pada masa akan datang. Komputer telah menjadi
sebahagian daripada kehidupan manusia kerana ia mempunyai kelajuan
(speed), kebolehpercayaan (reliability), keupayaan
storan (storage capability), produktiviti
(productivity), membuat keputusan dan dapat mengurangkan kos. Sebagai
kesimpulanya, komputer adalah sebuah mesin elektronik yang dapat menyelesaikan
tugas-tugas manusia dengan lebih pantas dari tenaga manusia dan keputusannya
tepat.
SEJARAH PENCIPTAAN
KOMPUTER
Sejarah
penciptaan komputer bermula dengan terciptanya alat-alat perniagaan, seperti
Abakus yang sekarang ini dilakukan oleh
komputer. Pada zaman dahulu pengiraan dilakukan dengan menggunakan jari, manik,
kayu dan kulit kerang. Dengan terciptanya Abakus
5000 tahun yang lalu telah memudahkan ahli perniagaan dalam proses pengiraan
asas campur, tolak dan darab.Ia telah digunakan secara meluas oleh ahli perniagaan
China, Turki dan Yunani.
Blaise Pascal merupakan seorang ahli saintis
dan matematik Perancis yang di lahirkan pada tahun 1623. Pada tahun 1642,
beliau telah merekacipta satu mesin pengiraan mekanikal yang pertama mengikut prinsip persepuluhan.
George Boole adalah seorang ahli matematik
Inggeris pada tahun 1815-1864. Beliau telah mengembangkan konsep logik algebra
True/False. Beliau juga telah memperkenalkan simbol matematik dan asas kepada
penggunan dalam merekabentuk litar logik dalam komputer.
Charles Babbage dilahirkan pada 1792,
merupakan seorang ahli matematik dan perekacipta. Beliau telah membina “The
Difference Engine” yang boleh menyelesaikan pengiraan sifir matematik.
Kemudian beliau telah memikirkan satu penciptaan mesin lain iaitu “Analytical
Engine” yang diharapkan dapat melaksanakan pengiraan yang pelbagai.
Malangnya mesin tersebut tidak sempat dibina semasa hidupnya. “Analytical
Engine” mempunyai ciri-ciri komputer pada masa sekarang iaitu mempunyai peranti
input, secondary storage, Processor, unit kawalan dan peranti output.
Augusta Ada Byron membantu Charles Babbage dalam membina arahan-arahan
pengiraan bagi mesin “Analytical Engine”. Beliau merupakan
pengaturcaraan komputer yang pertama dengan menggunakan “Analytical Engine”.
Bahasa pengaturcaraan ‘ADA’ diambil sempena namanya. Beliau
juga telah menerbitkan nota yang menggalakan ahli sains supaya menyempurnakan
apa yang Charles Babbage tidak sempat lakukan.
Herman Hollerith telah membangunkan satu
peranti automat yang boleh memproses pengiraan banci. Mesin tersebut dapat
menyiapkan pengiraan banci dalam masa dua tahun. Pada tahun 1880, banci
penduduk Amerika Syarikat diketahui keputusannya. Perbezaan diantara mesin
Hollerith
dan Babbage
ialah mesin Hollerith menggunakan
kuasa elektrik manakala mesin Babbage menggunakan
kuasa mekanikal.
Howard Aiken telah memperkenalkan
mesin elektromekanikal yang digelar MARK I. Dengan terhasilnya
MARK I maka bermulalah komputer
era moden. Mesin ini adalah untuk menyelesaikan
pengiraan asas dan masalah fungsi-fungsi
trigonometri. Ciri-ciri MARK I
, mempunyai ketinggian 8 kaki dan panjangnya 55 kaki. Ia dibina daripada
besi dan kaca, mengeluarkan bunyi yang kuat semasa pemprosesan dilalakukan,
mengandungi lebih daripada 750000 bahagian yang diikat bersama menggunakan
Wayar sepanjang 500 batu. Sebahagiannya daripada sistem berada pada aras
yang berbeza. Dengan itu pengguna perlu naik ke atas mesin menggunakan tangga
untuk memasangkan suis. Sementara itu, Dr. John Mauchly dan pelajarnya J. Presper Eckert diminta oleh pegawai tentera Amerika membina mesin
yang boleh mengira peluru-peluru dengan cepat. Mereka telah merujuk kepada
hasil kerja Dr. John Atanasoff
dan pembantunya Clifford Berry.
Atanasoff dan Berry berjaya membina komputer digital yang pertama menggunakan elektronik
yang di gelar ABC (Atanasoff-Berry Computer). Manakala Mauchly dan Eckert telah menggunakan ABC
sebagai asas untuk membangunkan komputer yang lain iaitu ENIAC (Electronic Numerical
Integrator And Calculator). ENIAC
merupakan komputer pertama yang dicipta untuk tujuan umum kemudian muncul
UNIVAC I iaitu komputer pertama yang diperdagangkan
secara komersil.
Dari
zaman dahulu hingga sekarang sudah wujud 4 generasi. Ia berlaku dalam masa
lebih kurang 40 tahun.
GENERASI PERTAMA (1951 - 1958)
Pada
tahun 1937-1938
Dr. John V.Atanasoff
dan pembantunya
Clifford Berry
telah merekacipta dan membina komputer elektronik digital yang pertama. Komputer
tersebut digelar
ABC (Atanasoff-Berry
Computer). Manakala
John W.Mauchly dan
J.Presper Eckert telah mencipta
ENIAC (Electronic Numerical
Integrator And Calculator) pada
tahun 1945.
ENIAC boleh melakukan
5000 percampuran dan 300 pendaraban sertiap saat. 2 tahun kemudian mereka
telah menubuhkan syarikat yang dinamakan
Spery
Rand dan seterusnya mengeluarkan
UNIVAC
I (Universal Automatic Computer)
dalam tahun 1951.
UNIVAC I merupakan
komputer pertama yang digunakan untuk memproses data perniagaan. Ia digunakan
secara meluas oleh Biro Banci Penduduk Amerika Syarikat.
UNIVAC I berfungsi menggunakan tiub vakum/hampagas sebagai kompenan
dalaman komputer untuk memproses dan menyimpan maklumat. Ia menggunakan tenaga
elektrik, bersaiz besar dan berat. Komputer ini juga amat susah untuk di selenggarakan
dan selalu sahaja rosak. Pengaturcaraan dilakukan dalam bahasa mesin iaitu
0 & 1
(bahasa peringkat rendah).
Keupayaan storan komputer pada generasi pertama ini adalah diantara 8000 hingga
20000 aksara. Manakala, pengiraannya pula dilaksanakan dalam
“microseconds”
GENERASI KEDUA (1959 - 1961)
Komputer
generasi ini menggunakan
transistor dan
diod iaitu
peranti kecil yang memindahkan signal elektrik melalui
resistor
bagi menggantikan
tiub-tiub vakum/hampagas.
Transistor adalah singkatan bagi
TRANsfer reSISTOR. Contoh komputer yang dicipta
ialah
DEC PDP-8,
IBM 7090,
IBM 7094 dan lain-lain lagi. Kelebihan transistor ia dapatr berfungsi
lebih baik daripada komputer generasi pertama.yang menggunakan tiub hampagas.
Komputer generasi ini bersaiz lebih kecil, ringan, cepat dan murah serta tidak
perlu warm-up time. Penggunaan tenaga elektrik yang kurang jika dibandingkan
dengan komputer generasi pertama. Pengaturcaraan dilakukan dalam bahasa peringkat
tinggi iaitu
FORTRAN (1954) dan
COBOL (1959). Manakala keupayaan
storannya terus meningkat iaitu 16000 hingga 64000 aksara dan ia menggunakan
bekas cakera yang boleh digerakkan
(removable disk cartridge). Pengiraannya dilaksanakan dalam
“microseconds”.
GENERASI KETIGA (1965 - 1970)
Komputer
pada generasi ini pula telah menggunakan
litar
bersepadu iaitu litar elektrik yang mengandungi
cip silikon yang sangat kecil bagi menggantikan transistor. Harga
cip yang murah menyebabkan
perkembangan
alat elektronik yang pesat dan kejatuhan harga alat tersebut. Komputer ini
bercirikan litar bersepadu iaitu litar elektrik yang mengandung cip silikon
yanf sangat kecil terdiri daripada beribu-ribu transistor. Cip ini lebih murah,
padat dan lebih dipercayai. Contoh komputer yang dicipta ialah
IBM 360 dan
mikrokomputer seperti
APPLE
II,
IBM PC,
Sinclair dan lain-lain lagi. Saiz komputer menjadi 1/3 lebih kecil
daripada komputer generasi pertama. Ia juga boleh mengamalkan konsep
multiprogramming dan
multiprocessing iaitu beberapa aturcara
boleh dilarikan dengan serentak dan berkongsi sumber yang sama dan ini meningkatkan
keberkesanan komputer. Proses pengiraannya dilaksanakan dalam
“nanoseconds”. Pemprosesan
interaktif diperkenalkan di mana pengguna
berhubung terus dengan komputer. Kaedah pencapaian ini menyebabkan industri
perkhidmatan pelanggan berkembang.
Minikomputer diperkenalkan di mana fungsinya sama seperti
"full size system" tetapi ia
lebih kecil, perlahan dan lebih murah.
GENERASI KEEMPAT (1971 - Sekarang)
Semenjak
tahun 1970-an komputer bertambah laju dan boleh dipercayai. Generasi keempat
ini merupakan lanjutan daripada generasi ketiga di mana pada generasi ketiga
cip-cip digunakan untuk membina ingatan
dan ligik komputer. Kesemua cip disimpan untuk membangunkan teknologi yang
seterusnya iaitu
general-purpose-on-a-chip
yang digelar
mikropemproses (microprocessor). Mikropemproses mengantikan
litar bersepadu. Mikropemproses
juga boleh didapati pada jam digital, mesin kira, dan pelbagai mesin di pejabat
dan di rumah. Mikropemproses mula dijual pada tahun 1971. Contoh komputer
yang terdapat pada generasi ini adalah dari
IBM yang menggunakan
cip Intel 80286, cip Intel 80386, cip Intel
80486 (mengandungi 1.2 juta transistor
yang berukuran 0.4" x 0.5" dan berupaya melaksanakan 15 juta arahan
per saat).
Cip Intel Pentium (mengandungi 3.1 juta transistor yang berupaya
melaksanakan 112 juta arahan per saat).
Cip Intel Pentium Pro (mengandungi
5.5 juta transistor yang berupaya melaksanakan 250 juta arahan per saat).
Cip Intel Pentium Pro MMX,
Cyrix,
AMD,
Pentium II dan lain-lain
lagi. Antara ciri-ciri yang terdapat pada komputer generasi ini ialah saiznya
yang lebih kecil, penggunaan tenaga elektrik yang minimum. Ia boleh digunakan
bersama dengan beberapa bahasa pengaturcaraan. Keupayaan storannya terus meningkat
ke 1 juta hingga 50 juta aksara dan pengiraan dilaksanakan dalam “picoseconds”
Saiz komputer sekarang adalah 100 kali lebih kecil daripada saiz komputer
generasi pertama dan satu cip adalah lebih berkuasa daripada
ENIAC.
Komputer
generasi kelima iaitu komputer bagi generasi akan datang ini masih belum diperkenalkan
secara meluas. Namun usaha kearah tersebut telah dimulakan oleh beberapa negara
maju. Ianya juga masih didalam peringkat penyelidikan, dimana negara Jepun
merupakan negara yang paling banyak membuat penyelidikan. Matlamat mereka
adalah untuk membina komputer yang lebih berkuasa dan kepintaran buatan (artificial
intelligence), sistem pakar (expert sistem), robotik dan sebagainya. Saiz
perkakasan akan terus menjadi lebih kecil sementara daya ingatan dalamannya
terus meningkat dengan pesat.
Pengelesan
komputer adalah mengikut kepada ukuran fizikal dan keupayaannya iaitu, seperti
superkomputer, komputer kerangka utama, Mini komputer dan mikrokomputer.
Superkomputer atau nama lainnya
kerangka utama yang besar. Perkembangannya
terhad kepada beberapa ratus unit sahaja di seluruh dunia. Ini kerana harganya
yang amat mahal. Superkomputer mempunyai unit pemprosesan pusat yang kompleks
dengan keupayaan yang sangat pantas. Ia juga boleh memproses berbillion arahan
per saat
(BIPS). Ia digunakan khas
bagi menyelesailkan masalah saintifik yang rumit dan canggih, contohnya CRAY
I, CRAY II, CRAY III, dan CDC CYBER205.
Komputer Kerangka Utama yang pertama diperkenalkan
sejak tahun 40-an adalah seperti UNIVAC, IBM 360, dan lain-lain
lagi. Komputer jenis ini kebanyakannya dimiliki oleh organisasi yang besar
dan pusat pengajian tinggi. Ia juga bersaiz besar dan berkeupayaan memproses
sejumlah data yang banyak dengan pantas dan tepat, berupaya memproses data
pada kelajuan yang tinggi dan berjuta-juta arahan per saat (MIPS). Ia juga
membenarkan komputer dikongsi oleh beratus-ratus pengguna pada satu masa.
Mini Komputer pula adalah lebih perlahan,
berkeupayaan storan yang kurang dan lebih murah daripada komputer kerangka
utama. Kebanyakannya dimiliki oleh gedung perniagaan, jabatan awam/swasta
dan institut pengajian tinggi. Mini Komputer juga menggunakan konsep
multiprogramming
dan
multiprocessing. Contohnya adalah seperti
HP 3000,
SEQUENT dan lain-lain lagi.
Mikrokomputer atau
Komputer peribadi pula
mempunyai
saiz yang kecil seperti desktop atau laptop. Ia diperkenalkan buat kali pertama
pada pertengahan tahun 1970-an. Mikropemproses adalah menjadi asas bagi mikrokomputer.
Penggunaan mikrokomputer semakin meluas. Supermikro atau stesen kerja
(workstation)
telah diperkenalkan. Ia merupakan sambungan di antara mikrokomputer dan mini
komputer yang berkeupayaan menggunakan konsep
multiprogramming dan
multiprocessing.